Tuesday, 4 December 2012

Keistimewaan Wanita di dalam Islam


hai apa khabar semua?? sihat tak???
Lisa di sini sihat Alhamdulillah..
Lisa tau mesti ramai wanit diluar sana ingin mengetahui keistimewaannya??
Di dalam Islam, wanita mempunyai darjat yang sangat istimewa
bukan dari segi rupa, tetapi memang hakikat wanita dipandang tinggi di dalam Islam..
*kepada lelaki jangan cemburu sehingga tukar jantina kerana Allah murka sesiapa yang berbuat sedemikian*

ini adalah keistimewaan wanita di dalam Islam:
1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah SAW "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ thn), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit / mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

hebat bukan cara Islam menghormati wanita??
mungkin ada sesetengah wanita fikir menjadi wanita ini seolah-olah menyusahkan!!
tetapi dengan hanya memikir saja tidak mencari kelebihan
hanyalah sia-sia..
ada juga yang mengatakan tidak mahu kahwin kerana takut bersalin??
Lisa akui pada mulanya Lisa juga sebegitu,
namun,
Lisa mencari apakah kelebihan seorang wanita di sisi Islam..
Subhanallah, MasyaAllah, Allahuakbar!!
begitu hebat bukan!!

rahsia tersembunyi disebalik kejadian seorang wanita di dalam Islam..

begitu sayang Allah S.W.T kepada hamba-hambanya!!
ingatlah, Islam bukanlah agama yang menyusahkan..
bahkan Islam adalah agama yang senang tetapi menyenangkan..

bahkan kelebihan menutup aurat bagi seorang wanita juga ada kelebihannya!!

Islam juga agam yang indah,
jadi hargailah Islam dan
berterima kasih kepada Allah kerana kita dilahirkan dalam Islam..
Syukran Jazilan Ya Allah..





Sweet and Simple,
Ordinary Girl Lisa

Friday, 2 November 2012

Gelombang korea ^_^

Big Bang

Super Junior
SHINee
2PM
2AM
MBLAQ


okayh, banyak lagi group k-pop yang lain, tapi yang terlintas di fikiran hanya ni saja!! 
Lisa tau ramai mesti cakap dalam hati mana group kesukaan aku ni??
haha.. Lisa tau sebab kadang-kadang Lisa pun sama juga..
haa, pernah tak terfikir apa yang menyebabkan mereka popular??

Lisa dulu pelik juga macam mana dia orang ni boleh popular!!
Lisa pun dulu tak minat korea sebab fikir macam korea ni mengarut!!
but then kawan Lisa kenalkan Lisa dengan seorang penyanyi rap yang bagi Lisa handal juga!!
nak tau tak siapa?? haaa.. ini dia :


Choi Seung Hyun a.k.a T.O.P

pelik bukan dengar cerita Lisa ni?? tapi ini adalah hakikat..
first sebab Lisa suka dia sebab dia mempunyai iras rupa yang sama
dengan seorang lelaki yang Lisa admire!!
kemudian slowly Lisa suka dia bukan sebab paras rupa lagi!!
tetapi,
sebab bakat dia menyanyi dan rap tuh buat Lisa kagum dengan dia

kakak-kakak Lisa dulu cakap budak-budak ni UP-UP sangat lah
first Lisa pun tak faham dengan maksud dia orang ni..
but then, Lisa baru faham
maksud UP-UP dia orang ni macam pelik and macam budak-budak sangat..
Lisa pun pelik kenapa??
buruk sangat ke UP-UP ni??
actually dia orang tak suka style pelik-pelik..


*warna-warni bukan??*


*what kind of fashion is this??*

weird isn't it?? hard to tell even to express through face!!
janganlah salah anggap dengan cara pemakaian..
kita boleh fikir bukan mana yang baik bukan??
mana yang lebih elok??
setiap agama pasti sudah ajar!!
cara pemakaian mereka hanya untuk meningkatkan imej mereka..
Lisa akui mereka handsome bukan??
berangan untk jadi kekasih hati mereka..
simpan duit untuk pergi ke korea untuk berjumpa dengan mereka!!
Lisa tidak menafikan langsung apa yang anda semua fikirkan..
Lisa pun berharap juga untuk pergi kesana..
bukan untuk melancong sahaja,
malah untuk menyambung pengajian di sana!!

okaylah panjang pula entry kali ni!! haha





p/s: Lisa harap semua sihat-sihat saja and jangan lupa senyum-senyum selalu


Sweet and Simple,
Ordinary Girl Lisa

Friday, 12 October 2012

Good Luck in your Exam


Haa.. Dah lama Lisa tak update blog kan?? rindu pulak jadinya!! 
semua pasti tertanya-tanya kan nak tau
"macam mana PMR?? okay ke tak??"
"?????"

actually Lisa sendiri tak tau nak jawab apa bila ada orang tanya macam ni..
Lisa cuma boleh jawab, "jawab tu boleh, susah ke senang tu...NO COMMENT"
Lisa actually ada jugak tips untuk menghadapi PMR or anykind of exam..
sebab Lisa tau ramai yang pasti akan taip dekat google search tu

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

actually Lisa tak terkejut pun sebab Lisa sendiri pun kadang search jugak!!
okay, so siap-siapkan pen/pencil dengan kertas.. catat tau!!

*masalah     #solution
Tips menghadapi peperiksaan:
1.always buat ulangkaji
*Lisa tau bila ada je yang baca benda ni mesti fikir, nak buat revision macam mana?? okay, actually Lisa pun bila nampak statement macam ni Lisa pun akan geram sebab fikir macam mana nak cover balik apa yang kita dah study yang berkurun lamanya?? 
#jangan risau, Lisa ada satu cara untuk bantu.. Lisa pun guna cara ni.. macam mana caranya?? haa, caranya adalah........"CERITA"... macam pelik bunyinya tapi macam nilah yang Lisa guna untuk jawab PMR bab novel dan agama (dua2 paper ni Alhamdulillah boleh jawab dengan mudah).. buat penceritaan dan benda ni paling berkesan pada subjek yang berkaitan dengan SEJARAH!!

2.meminta maaf
*minta maaf?? kita kan tak pernah sakitkan hati siapa-siapa.. kalau ada pun cepat-cepat minta maaf.. nak minta maaf dengan siapa??
#eh?? tunggu dulu.. muhasabah diri dulu.. dengan ibubapa?? dengan guru?? dengan jiran?? masyarakat?? kalau tak ada memang bagus.. tapi seeloknya minta maaf juga sebab kita mungkin tidak sedar kesalahan kita pada orang.. takut orang terSUMPAH kita, kan dah susah!!

3.mohon restu
*mohon restu?? nak kahwin ke?? kita nak jawab exam bukan nak kahwin!! apa kaitan ni??
#hei, never jump to a conclusion lah.. mohon restu tu tak semestinya untuk kahwin.. mohon restu yang dimaksudkan Lisa adalah mohon restu dari guru-guru serta ibubapa.. untuk apa?? untuk memohon keberkatan ilmu yang diajarkan oleh guru tersebut dan juga memohon maaf pada guru-guru tersebut agar diberi kelapangan untuk menjawab peperiksaan..

4.mencari ketenangan
*haa, macam mana?? risau lah takut nak masuk dewan tuh.. hati asyik berdebar-debar je
#okay, Lisa pun macam tu juga.. and cara untuk Lisa tenangkan diri Lisa adalah pejam mata dan membaca surah Al-Insyirah dan doa penerang hati.. 

5.jaga kesihatan
*uhuk,uhuk,uhuk... *shivering*... sejuknya.. ala, malaslah nak makan ubat..
#haa, kalau dah sakit, apa yang kita baca selalunya tak masuk.. jadi jaga kesihatan okay!! sebulan sebelum exam, jangan main aktiviti lasak and buat perkara yang boleh menjejaskan kesihatan!!



itu sajalah tips yang boleh saya kongsikan.. kalau nak lagi tips menghadapi peperiksaan, 
boleh send comment or message..





p/s: jangan lupa juga pasal DUIT.. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal


Sweet and Simple,
Ordinary Girl Lisa

Friday, 20 July 2012

PUASA dan KEBAIKANNYA!!!


sedar tak sedar puasa dah nak dekat. Lisa suka sangat bila Ramadhan datang sebab:
1. pada bulan Ramadhan, mesti banyak ganjaran pahala yang Allah bagi pada kita..
2. pada bulan Ramadhan juga, Lisa dapat duduk satu meja dengan family and doa + makan sama-sama..(bukan sebelum ni tak pernah buat tapi makan bersama-sama pada bulan Ramadhan lain dengan bulan-bulan sebelum ni)
3. pada 10 malam terakhir Ramadhan, ada malam Lailatul Qadar dan segala doa yang di minta pasti di tunaikan oleh Allah!!
4. okay, yang mesti ramai tanamkan mungkin 2/3 akan cakap bulan puasa boleh save duit and most important thing boleh DIET!! (hey, diet tu bukan maksud dia tak makan tapi makan dengan kuantiti yang sedikit)

Lisa juga tau ramai yang tak suka bulan Ramadhan sebab tak dapat makan sedap-sedap pada waktu siang.. lagi satu kalau bulan Ramadhan datang je mesti panas je... ingat jangan asyik fikir negatif je.. Islam agama yang cantik dan agama yang tidak membebankan umatnya.. Allah juga tidak membebankan hamba-hambanya  dengan menetapkan syarat-syarat yang berat untuk hamba-hambanya..

Lisa bukan nak bagi tazkirah ke apa, cuma ingat pada bulan Ramadhan bukan saja puasa dari menahan makan dan minum tapi puasa dari berkata benda-benda kesat, puasa dari tengok benda-benda yang tidak berfaedah serta puasa dari melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran... 

kalau bulan puasa syaitan kena ikat.. so tak da siapa nak hasut kita.. tapi kenapa kita masih melakukuan kejahatan?? kenapa?? sebab itu menjadi tabiat kita sebelum puasa dulu.. takkan nak salahkan syaitan yang kena ikat kat neraka tu yang hasut kita?? (kesian juga lah kat dieorang tuh) tapi salahkan diri sendiri.. dan lagi satu, kalau rasa seelum-sebelum ni ada tinggal puasa *especially perempuan*, kira tau berapa hari yang tak puasa tuh.. jangan tangguh2 puasa.. tak pasal-pasal kena FIDYAH baru tau!!

p/s: Selamat Menyambut Bulan Ramadha Al-Mubarak.. Semoga Ramadhan Tahun Ini Adalah Tahun Yang bermakna Buat Kita Semua...


Sweet and Simple
Ordinary Girl Lisa

Tuesday, 5 June 2012

I LOVE YOU

 Suatu hari tu, Lisa pergi tengok satu cerita korea, iaitu Runningman!! Pastu Lisa tengok macam best je, layan je lah!! (ok yg first2 tu macam mystery plak bunyi dia... haha).. Lisa suka lah pada seorang artis tu, nama dia SJK, nak name panjang ke?? tak perlu sebab kalau nak tau cari sendiri ok?? Kalau tengok tajuk tulis I LOVE YOU tu bunyi macam Lisa dah ada boyfriendkan?? but actually i'm single.. Lisa buat masa sekarang ni nak focus on belajar.. i'm still a student!! and yes, how old am i?? not to young and not too old of course!! (ok mesti sakit hati bila ada orang jawab macam ni) 

  Lisa memang fall in love pun.. with a korean guy!! he is so nice to me!! i called him Allan (and that is just what i used to called him with my friends as his real name is __________ )*its a secret*... he is so nice and actually Lisa memang kalau boleh nak ada boyfriend macam dia.. tapi bila difikir-fikir balik, Ya Allah, tak patut!! bukan tak patut apapun sebab agama ataupun sebab dia dari negara lain, Lisa dari negara lain.. bukan bukan bukan... tanggungjawab kita apabila ada saudara baru masuk ke agama Islam ni adalah kita kena bantu dia untuk mendalami Islam..tengok macam senang tapi hakikatnya berat!! Lisa ni sebenarnya bukannya alim sangat pun!! Lisa suka belajar benda yang berkaitan dengan agama and Lisa bukan sekolah di sek agame pun. sekolah tu adalah sampai darjah khas (dapat pangkat berapa?? tu biar rahsia).. kalau nak tau Lisa suka lelaki yang lembut hatinya.. Lisa tak suka lelaki yang EGO, PSYCHO and perangai tak senonoh!! well thats not a guy that i look for.. Lisa tak minta pada Allah seorang lelaki yang sempurna, cukup dia boleh jaga Lisa dan anak-anak Lisa dan dia boleh bimbing Lisa ke jalan yang diredhai oleh Allah..

  Lisa bukan seorang yang sempurna.. cukup Allah kurniakan Lisa sepasang mata untuk dilihat, sepasang telinga untuk mendengar, sebuah hidung untuk membau dan sebuah mulut untuk berbicara.. Allah juga mengurniakan semua itu untuk manusia menghargainya... Lisa cuma ingat satu benda dalam diri Lisa, Lisa nak cari seorang yang tidak sempurna menjadi suami and ayah kepada anak-anak Lisa.. kerana apa?? kerana Lisa nak dia anggap kehadiran Lisa sebagai penyempurna dalam hidup dia!! hey, benda ni Lisa pegang since Lisa terbaca satu artikel dulu!! so, ingatlah.. cari lelaki yang ingin kita menyempurnakan hidupnya!! bukan lelaki yang ingin memuaskan pandangan mata dan nafsunya semata-mata..

p/s: Lisa bukan seorang yang sempurna tetapi Lisa suka bantu orang-orang disekeliling Lisa yang mempunyai masalah!! Lisa harap kalau ada sesiapa yang mempunyai masalah dan ingin seseorang mendengarnya, i'm here for you!! Lisa bukan orang yang suka bongkarkan rahsia!! trust me!!


Sweet and Simple
Ordinary Girl Lisa

Friday, 9 March 2012

Ujian Formatif 1


pada 6/3/2012-8/3/2012 Lisa ada test iaitu Ujian Formatif 1(UF1). Lisa memang nak nangis bila buat paper Math. Sebab Lisa tak sempat nak jawab soalan-soalan dalam kertas tu. TENSIONNYAA!!! Lisa akui Lisa tak pandai mana pun. Tapi tadi dapat result paper math Lisa rasa bersyukur sangat pada yang Maha Esa, Lisa lulus walaupun banyak soalan yang Lisa hentam + tak jawab tapi betul. Alhadulillah

Lisa tengah berdebar-debar tunggu keputusan kertas-kertas ujian yang lain. Tapi kakak Lisa ada cakap dengan Lisa, kalau ujian buat je main-main, tapi kalau peperiksaan kena buat bersungguh-sungguh sebab peperiksaan jauh lebih penting dari ujian.

Lisa nak korang semua buat yang terbaik sebab keputusan tu orang yang pertama yang paling happy ialah IBU kita, kemudian AYAH kita dan akhir sekali baru diri kita.

Lisa nak semua kawan-kawan seperjuangan Lisa berjaya dunia dan akhirat, InsyaAllah..

sweet and simple,
Ordinary Girl Lisa

Sunday, 5 February 2012

Mathematics, hard??


sejak bermulanya kembali ke sekolah ni, Lisa rasa nak menjerit je. math form 3 serius Lisa tak faham bab 3:circle. cikgu cakap senang tapi Lisa rasa nak pecah kepala otak ni memikirkan jalan kerja. Lisa tanya kawan-kawan Lisa, Ya Allah dia cakap "yang ni dengan yang ni sama pastu bla bla bla..." senangnya dia buat. ada tak sapa-sapa yang sudi ajar Lisa math. Form 1 dengan Form 2 punya math dulu lisa dapat score, masuk Form 3, "ARGHHHHHHHHH" apa ni? macam pelik pula tengok. macam orang yang sengal.

Lisa ni bukan orang yang pandai sangat. boleh lah kalau nak ajar, tapi sekadar yang Lisa mampu. sekarang ni Lisa mengharapkan sesiapa yang boleh bagi tips kat Lisa macam mana nak buat math Form 3 chap 3: circle
*sharing is caring, please share some of your ideas ok?*

Sweet and Simple,
Ordinary Girl Lisa