Friday, 12 October 2012

Good Luck in your Exam


Haa.. Dah lama Lisa tak update blog kan?? rindu pulak jadinya!! 
semua pasti tertanya-tanya kan nak tau
"macam mana PMR?? okay ke tak??"
"?????"

actually Lisa sendiri tak tau nak jawab apa bila ada orang tanya macam ni..
Lisa cuma boleh jawab, "jawab tu boleh, susah ke senang tu...NO COMMENT"
Lisa actually ada jugak tips untuk menghadapi PMR or anykind of exam..
sebab Lisa tau ramai yang pasti akan taip dekat google search tu

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

actually Lisa tak terkejut pun sebab Lisa sendiri pun kadang search jugak!!
okay, so siap-siapkan pen/pencil dengan kertas.. catat tau!!

*masalah     #solution
Tips menghadapi peperiksaan:
1.always buat ulangkaji
*Lisa tau bila ada je yang baca benda ni mesti fikir, nak buat revision macam mana?? okay, actually Lisa pun bila nampak statement macam ni Lisa pun akan geram sebab fikir macam mana nak cover balik apa yang kita dah study yang berkurun lamanya?? 
#jangan risau, Lisa ada satu cara untuk bantu.. Lisa pun guna cara ni.. macam mana caranya?? haa, caranya adalah........"CERITA"... macam pelik bunyinya tapi macam nilah yang Lisa guna untuk jawab PMR bab novel dan agama (dua2 paper ni Alhamdulillah boleh jawab dengan mudah).. buat penceritaan dan benda ni paling berkesan pada subjek yang berkaitan dengan SEJARAH!!

2.meminta maaf
*minta maaf?? kita kan tak pernah sakitkan hati siapa-siapa.. kalau ada pun cepat-cepat minta maaf.. nak minta maaf dengan siapa??
#eh?? tunggu dulu.. muhasabah diri dulu.. dengan ibubapa?? dengan guru?? dengan jiran?? masyarakat?? kalau tak ada memang bagus.. tapi seeloknya minta maaf juga sebab kita mungkin tidak sedar kesalahan kita pada orang.. takut orang terSUMPAH kita, kan dah susah!!

3.mohon restu
*mohon restu?? nak kahwin ke?? kita nak jawab exam bukan nak kahwin!! apa kaitan ni??
#hei, never jump to a conclusion lah.. mohon restu tu tak semestinya untuk kahwin.. mohon restu yang dimaksudkan Lisa adalah mohon restu dari guru-guru serta ibubapa.. untuk apa?? untuk memohon keberkatan ilmu yang diajarkan oleh guru tersebut dan juga memohon maaf pada guru-guru tersebut agar diberi kelapangan untuk menjawab peperiksaan..

4.mencari ketenangan
*haa, macam mana?? risau lah takut nak masuk dewan tuh.. hati asyik berdebar-debar je
#okay, Lisa pun macam tu juga.. and cara untuk Lisa tenangkan diri Lisa adalah pejam mata dan membaca surah Al-Insyirah dan doa penerang hati.. 

5.jaga kesihatan
*uhuk,uhuk,uhuk... *shivering*... sejuknya.. ala, malaslah nak makan ubat..
#haa, kalau dah sakit, apa yang kita baca selalunya tak masuk.. jadi jaga kesihatan okay!! sebulan sebelum exam, jangan main aktiviti lasak and buat perkara yang boleh menjejaskan kesihatan!!



itu sajalah tips yang boleh saya kongsikan.. kalau nak lagi tips menghadapi peperiksaan, 
boleh send comment or message..





p/s: jangan lupa juga pasal DUIT.. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal


Sweet and Simple,
Ordinary Girl Lisa